Followers

--x kenal maka x cinta--

"kalau dah baca follow.. xnk baca sila click kat butang "X" "

Sunday, January 23, 2011

-- a tribute to SHAHRUL NIZAR B JANUDDIN @ IBRAHIM --


three.. two.. one.. ACTION!!!
AND THE STORY BEGIN


"hafal... jangan nak main2.. kalau x dapat hafal sifir ni.. jangan harap la kau 2 org nak main game.." aku dan kak ain menjuihkan bibir tanda protest.. sambil berlinangan air mata.. kenapa nak kena hafal sifir ni? bukannya x boleh kira satu2 pun dalam periksa.. huhhh.. berontak kami di dalam hati.. mata kami masih memandang ke arah abg2 lain yang sedang rancak bermain game di tv.. mulut terkumat kamit menghafal sifir 1 sampai 12.. hajat hati nak jer sertai abg2 yang lain tu.. namun kami terpaksa menyimpan hasrat utk bermain.. semua gara2 sifir.. huhhh.. sungguh tak adil.. tiap2 hari kena hafal sifir.. sama ada abg shahrul yang paksa.. atau kak ita, isteri beliau.. dua2 garang dan kami takut.. :(

"bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar."

memori di atas pangkin di laman rumah ku itu kabur sendiri..
mata ku berkaca dek di banjiri air amat.. air mata seorang insan yang bergelar adik.. :( pikiran ku kian waras.. sebenarnya ak berada di sebelah pusara abg ku.. yaa... abg yang pernah mendesak aku dan kakak ku untuk menghafal sifir belasan tahun yang lalu.. kini beliau kaku bersemadi di ruang itu.. aku sebak mendengarkan talkim dibacakan.. sungguh.. setelah abah pergi.. diikuti emak.. dan kini abang ku pula di jemput Illahi.. apakan daya.. itu sudah janjiNya.. dipinjam dan diambil semula..

seluruh keluarga ku berwajah sayu.. pasti tergamit memori bersama abg ku sewaktu usianya dahulu.. kini.. semuanya hanya tinggal kenangan.. namun.. walau berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul.. abg ku pergi di tanggal 23Januari 2011, meninggalkan seorang isteri (kak ita) dan 4 orang anak (zulaikha, hashimi, maisarah, dan izzah).. kepada mereka berlima.. ku cukup memahami perasaan itu.. "sabar lah.. ini semua takdir tuhan.. kita doa jer semoga abah selamat yaa??" pesan ku buat anak2 saudara ku sebelum aku pamit utk pulang ke rumah siang tadi..

di kesempatan ini, saya mewakili semua adik beradik abg shahrul, meminta maaf atas segala salah silap kami terhadap abg shahrul dan keluarga selama ni.. semoga abg shahrul selamat di sana bersama mak dan abah.. :)

sampai di sini coretan ku kali ini.. yang pergi jangan lah ditangisi.. biar lah aman menghadap Illahi.. INSYAALLAH.. amin..

3 comments:

  1. al-fatihah..semoga roh abg shahrul dtempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...amin

    ReplyDelete
  2. Takziah.. dan Al-fatihah untuk beliau.. untuk awak, keep holding on. Tabah2, k.

    ReplyDelete
  3. takziah untuk abg saudara.
    al-fatihah.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails