Followers

--x kenal maka x cinta--

"kalau dah baca follow.. xnk baca sila click kat butang "X" "

Saturday, July 19, 2014

Ini Tidak Adil!!!!

Ianya tidak adil sekiranya kita tahu sesuatu perkara tentang seseorang dan kita meninggalkan dia tanpa berkata apa2. 

Tidak adil juga sekiranya kita tahu sesuatu perkara tentang seseorang melalui sebelah pihak sahaja. 

Ianya tidak adil jika kita tidak mendengar penjelasan daripada dirinya.

Ianya tidak adil jika kita meninggalkan dia dengan beribu tanda tanya. 

Tidak adil juga jika kita berpura2 tiada apa2 yang berlaku namun semakin hari kita menjarakkan diri dengan nya.

Ianya tidak adil juga jika kita tidak membalas senyum ikhlas darinya.


KERANA..


Dia juga manusia biasa.. Dia turut punya hati dan perasaan. Dia juga perlu tahu.. Apa permasalahan yang sebenar. 

Mungkin sebelah pihak yang kita dengar belum tentu sahihnya. 

Mungkin dengan meninggalkan dia dengan seribu tanda tanya, membuatkan dia hidup dalam linangan air mata. 

Mungkin dengan menjarakkan diri daripada nya akan menjadikan dia hilang separuh upaya. 

Mungkin dengan tidak membalas senyum nya, hatinya remuk diamuk duka.

Kita tak tahu siapa sebenrnya diri dia. Jangan kita menunding tanpa ehsan dan rasa. Kerana perkara yang sama mungkin terjadi pada kita, entah esok mahupun lusa.

Kerana tuhan itu sentiasa ada. Melihat betapa egoisnya diri kita.
Related Posts with Thumbnails