Powered By Blogger

Followers

--x kenal maka x cinta--

"kalau dah baca follow.. xnk baca sila click kat butang "X" "

Monday, February 17, 2014

Sempurna Tanpa L

Semalam..
Semua nya dilakukan bersama.. Makan bersama.. Tidur bersama.. Ke hulu ke hilir bersama.. 
Tak kira waktu tak kira masa.. Sentiasa berdua.. Ada yang berkata 'kembar tak sama ibu dan bapa'.. 
Banyak seronok.. X pernah pun ad sedihnya.. Sentiasa gembira.. Berkongsi game yang sama.. 'Machine' apple yang sama... Hmmmm... Bergurau x pernah kira masa..

Kini..
Senyuman nya hambar sahaja.. Pandangan tiada berbalas.. 10 ditanya mungkin satu dijawab selumber.. Tiada lagi mesej jenaka di wechat mahupun sms biasa.. Seolah tidak pernah kenal suatu ketika.. Pergi tanpa berita itu dah kali ke dua.. Comment juga tak berbalas hanya sedih melanda.. Tiada pula khabar gembira.. Malam bersulam dengan tanda tanya, siang berganti pun begitu jua..

Di mana silap nya? Aku pun x tahu.. Di mana khilaf nya.. Sendiri ku termangu.. :(
Mengeluh aku di malam gelita.. X tentu hala memikirkan dia.. Serabut.. Stress.. Begitu lah dunia..

Malam ini..
"Tengah buat apa?" Ku taip.. Ku padam.. Ku taip.. Ku padam.. Bersulam ego dan juga tanda tanya.. Adakah dia akan membalas soalan ku tanya? Berbasi2 untuk memula bicara.. Akhirnya ku matikan sahaja.. Hasrat terpendam sejak kau tiada..

Dialah teman.. Bahkan boleh ku anggap saudara.. Tp kini.. Dia membisu seribu bahasa.. Seolah lidah kelu untuk menutur kata.. Tiada idea untuk ku memikirkan sebabnya.. 


Nama ku kamal.. Kamal itu beerti sempurna..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails