Powered By Blogger

Followers

--x kenal maka x cinta--

"kalau dah baca follow.. xnk baca sila click kat butang "X" "

Tuesday, February 18, 2014

Selamat Hari Lahir Emak

Hari demi hari.. Minggu demi minggu.. Bulan demi bulan..
Semakin kurang ingatan kepada emak. Sehingga kan  terlupa semalam hari ulang tahun kelahiran emak.
Mungkin ada yang berkata "orang dah tiada.. Apa lagi yang nak dikenangkan".. Maaf.. Tidak bagi saya selaku anak.

Kadang2 terfikir, mungkinkah saya telah melupakan mereka? Sibuk sangat dengan kisah dunia. Sehingga tarikh gitu pun boleh lupa. Krismas.. Valentine (x sambut).. di ingat sangat.. Tarikh lahir ibu sendiri boleh terlupa.. Apa punya anak laa aku ni..

Okay.. sudah melalut dahhhh... Selamat hari lahir mak.. Semoga mak tenang disamping Nya..Terima kasih emak.. :)

gambar zaman xda dslr.. jd mata semua jd xmen.. 

Monday, February 17, 2014

Sempurna Tanpa L

Semalam..
Semua nya dilakukan bersama.. Makan bersama.. Tidur bersama.. Ke hulu ke hilir bersama.. 
Tak kira waktu tak kira masa.. Sentiasa berdua.. Ada yang berkata 'kembar tak sama ibu dan bapa'.. 
Banyak seronok.. X pernah pun ad sedihnya.. Sentiasa gembira.. Berkongsi game yang sama.. 'Machine' apple yang sama... Hmmmm... Bergurau x pernah kira masa..

Kini..
Senyuman nya hambar sahaja.. Pandangan tiada berbalas.. 10 ditanya mungkin satu dijawab selumber.. Tiada lagi mesej jenaka di wechat mahupun sms biasa.. Seolah tidak pernah kenal suatu ketika.. Pergi tanpa berita itu dah kali ke dua.. Comment juga tak berbalas hanya sedih melanda.. Tiada pula khabar gembira.. Malam bersulam dengan tanda tanya, siang berganti pun begitu jua..

Di mana silap nya? Aku pun x tahu.. Di mana khilaf nya.. Sendiri ku termangu.. :(
Mengeluh aku di malam gelita.. X tentu hala memikirkan dia.. Serabut.. Stress.. Begitu lah dunia..

Malam ini..
"Tengah buat apa?" Ku taip.. Ku padam.. Ku taip.. Ku padam.. Bersulam ego dan juga tanda tanya.. Adakah dia akan membalas soalan ku tanya? Berbasi2 untuk memula bicara.. Akhirnya ku matikan sahaja.. Hasrat terpendam sejak kau tiada..

Dialah teman.. Bahkan boleh ku anggap saudara.. Tp kini.. Dia membisu seribu bahasa.. Seolah lidah kelu untuk menutur kata.. Tiada idea untuk ku memikirkan sebabnya.. 


Nama ku kamal.. Kamal itu beerti sempurna..

Tuesday, August 20, 2013

Antara kita ada LOFA..

Haiiii.. Assalamualaikum...

Selamat tgh malam.. En3 kali ni.. Lain dari yang lain.. Hahaaa....

Baru sekejap td aku siap membuat figura satu/sekor/sorang/sebiji/sebuah xtau nak panggil apa   watak robot yang ada dalam komek APO..

Walaupun dalam keadaan serabut.. Tapi masih sempat menyiapkan menda alah ni.. Pemberian dari ANA sebelum raya tempohari.. Baru hari ni dapat buat.. 

Malas ckp banyak.. Tgk laaa awal dan akhir (hasil titik peluh yang x brapa nak berpeluh).. Taraaaaaaa...


Ni adalah kepingan asal nyaaa yang harus dilipat2..


Ni plak kaki tangan kasut badan dan sampin yg dh dipasang.. (Body part)


Ni selepas body part td dicantum.. 


Ni plak selepas tgn nya di krekok rok (bahasa terengganu yg bermaksd lipat2).. Hahaha

Maka siap laaaaa... Estimated time.. Dr abis citer Im Not Single (kul 12) td smp 1.15pg..

Figura ni pakai sampin sbb komek APO ni edisi hari raya.. Ok.. 

P/s: kepada ANA.. Saya bagi nama robot ni LOFA.. (Stand for LOyal +FAithful)


Bila serabut + x sihat

Macam ni laa keadaan bilik aku sekarang.. Ianya hanya berlaku bila aku serabut.. Dan x sihat dan hilang arah tujuan.. Comforter muntah tu x cuci lagi.. Bilik pun dah hapak.. Good for me.. 

Bacteria + viruses.. Come to me... Hoyehhhhhhh...


P/s: biar duduk dalam semak macam ni.. Coz i live in the bushes already..

Wednesday, August 14, 2013

Lagi-lagi hospital.. Lagi-lagi hospital..


Kali ke 6 dlm tempoh x smp 2 bulan. Xtau nak kata apa lagi dah.. Tonsil dh nak tutup tekak.
Muntah tetap muntah... Darah tetap darah.. Jambang pun x sempat nak cukur dah.. :(








Sunday, November 11, 2012

~~ sang pengemis muda dalam kenangan ~~~

three, two one... ACTION!!!
AND THE STORY BEGIN

salam sejahtera dan selamat ptg.. 
hey hey hey.. lama x kuar post kat sni.. biasa lah.. bila satu acc tutup.. so ngadap la blog ni.. bila ada msalah.. ngadap la blog ni.. bila acc deactivate.. ngadap la blog ni.. hahahaha

anyway.. life aku sangat stuck nowadays.. stuck with works.. and family problem... 

works???? aku x bg tau lagi kn yang aku dah kerja?? huhuhuu.. ak dah kerja 2 bulan dah.. since lepas raya ari tu.. kerja apa?? hahahaha.. rahsia laaa... :P

family?? mmg dr dulu aku ada family probs kn?? but this time.. entah laa... everybody seems like to point out their finger over me... xper.. sabar jer laa kn.. aku harus kuat.. thanks kepada kwn2 and certain family members yg bg smangat.. :)

and becoz of this jgak la aku cancel acc fb aku.. deactivate actually.. till when?? aku x pasti.. huhuhu..

xnak cakap banyak.. wish u all the best.. and... bye bye...

Wednesday, September 5, 2012

-- bicara tentang cinta --


three.. two.. one.. ACTION!!
AND THE STORY BEGIN...

ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera...

Kalau dulu aku pernah buat bual bicara tentang pengertian setia  di seluruh pelosok dunia... Bagi yang x baca lagi entri pasal setia tu.. klik sini.. Hari ni aku telah buat bual bicara tentang “CINTA?? APAKAH ITU??”.. 

So.. tanpa melengahkan masa lagi.. jom kita baca bual bicara yang telah aku buat terhadap beberapa orang penduduk dunia.. Soalan yang aku ajukan ialah “cuba cik/encik beri penerangan seidikit mengenai apa yang encik paham tentang cinta?”

S. Gunaguna, 23, New Delhi
“har di jor pyar karega.. ama tum se pyar karte hu.. ab ablaut chale”
Setelah digoogle translate dr bhsa hindustan
“Cinta itu perasaan yang tidak dapat di pisahkan dari lautan” 

Patrick Falling Down, 40, Australia
“Love is nothing but a mistaken feel between humans” – yang ni xyah translate la kn?? Korang paham kan kan kan??

Bella Calamedades, 27, Caracas Mexico
“ el amor no es comolo pintan de maria mercedes” – translate dia
“cinta itu sehebat kasihnya maria terhadap kereta mercedes nya”

Kang Jung Sang Pengemis, 15, Soul Korea
“erkk oppa gangnam.. ichita porte metara yor” – translate dia
“erkkkk.. saya masih muda.. x tahu apa itu cinta” (dalam nada yang terpinga2 sambil mulut ternganga)

Sang Bulan, 25, Bachok Kelantan Malaysia
“cinta?? Urmmmm.. bagi saya sesuatu yang sedap.. bila dah hilang rasa sedap tu. Saya cari jer la cinta lain”

Namun pengertian cinta bagi

Ahmad Kamal B Januddin @ Ibrahim, 24 Kuantan Pahang Malaysia..
“Cinta perasaan sayang dan ingin bersama.. Tanpa ada ruang yang memisahkan walaupun terpaksa merenangi lautan gelora merentas gunung ganang.. Cinta x perlu dicari.. ianya tersisip dilipatan hati.”

Baiklah baiklah baiklah... Apa pula pandangan cinta bagi korang readers skalian?? Mesti ada makna yang tersendiri kan kan kan??

Sam pai di sini dulu.. cau cin cau..
Zassssss.......
Related Posts with Thumbnails