Powered By Blogger

Followers

--x kenal maka x cinta--

"kalau dah baca follow.. xnk baca sila click kat butang "X" "

Saturday, July 19, 2014

Ini Tidak Adil!!!!

Ianya tidak adil sekiranya kita tahu sesuatu perkara tentang seseorang dan kita meninggalkan dia tanpa berkata apa2. 

Tidak adil juga sekiranya kita tahu sesuatu perkara tentang seseorang melalui sebelah pihak sahaja. 

Ianya tidak adil jika kita tidak mendengar penjelasan daripada dirinya.

Ianya tidak adil jika kita meninggalkan dia dengan beribu tanda tanya. 

Tidak adil juga jika kita berpura2 tiada apa2 yang berlaku namun semakin hari kita menjarakkan diri dengan nya.

Ianya tidak adil juga jika kita tidak membalas senyum ikhlas darinya.


KERANA..


Dia juga manusia biasa.. Dia turut punya hati dan perasaan. Dia juga perlu tahu.. Apa permasalahan yang sebenar. 

Mungkin sebelah pihak yang kita dengar belum tentu sahihnya. 

Mungkin dengan meninggalkan dia dengan seribu tanda tanya, membuatkan dia hidup dalam linangan air mata. 

Mungkin dengan menjarakkan diri daripada nya akan menjadikan dia hilang separuh upaya. 

Mungkin dengan tidak membalas senyum nya, hatinya remuk diamuk duka.

Kita tak tahu siapa sebenrnya diri dia. Jangan kita menunding tanpa ehsan dan rasa. Kerana perkara yang sama mungkin terjadi pada kita, entah esok mahupun lusa.

Kerana tuhan itu sentiasa ada. Melihat betapa egoisnya diri kita.

Thursday, February 27, 2014

Grab screen status sahabat

Dah lama x stalk kawan2 ni.. Buka fb skadar check kat news feed.. Ad gambar ke status ke.. Yang aku berkenan tu aku like laaa.. Tapi ada sorg kawan ni.. Yang aku rasa makin menjauh dengan aku.. Urmmmm.. Sblm ni aku get notification drp dia.. Maksudnya semua status dia akan aku dpt notification.. Tp skarang tak lagi dah.. 

Sementara tunggu flight pagi ni kat airport.. Aku teringt nak tgk wall dia.. X susah nak cari nama dia ni. Sebab dia mmg ada dekat top friend. Dan bila nak search pun mmg nama dia kuar.. Then aku stalk laa sikit.. Banyak benda menarik yang dia shared dan post.. X kurang juga benda yang x menarik.. Scroll down dan down dan down.. Ehhhh terjumpa satu status dia.. Well dia mungkin x tuju kat aku.. But the situation right now membuatkan aku rasa dia kata kat aku.. Aku x tahu kenapa aku perlu sentap.. Tapi persaan tu dtg sendiri.. Ni aku attach kan apa yg dia post a.k.a. Grabs creen yg aku dah crop.. Nama nya biarlah dirahsiakan.. Heww hewww...


Well kalau betul ini adalah status untk aku.. Aku ulang "KALAU BETUL/BENAR" jangan cakap 'xda apa' bila aku tanya 'kenapa'..

Kepada sang pengepost..

Kalau betul nak tuju kat saya.. U really dont know me.. Urmmmm.. Kalau betul pun sy anggap awak pilihan.. Ketahuilah awak berada dalam pilihan teratas saya.. Saya harap kita akan okay mcm dulu.. Tu jer.. Saya dah malu nak tegur awak.. Sbb awk x pernah nak balas teguran saya.. 

Tq.. Selamat maju jaya.. Dan semoga sukses dalam menjadi doktor kejuruteraan.


Tuesday, February 18, 2014

Selamat Hari Lahir Emak

Hari demi hari.. Minggu demi minggu.. Bulan demi bulan..
Semakin kurang ingatan kepada emak. Sehingga kan  terlupa semalam hari ulang tahun kelahiran emak.
Mungkin ada yang berkata "orang dah tiada.. Apa lagi yang nak dikenangkan".. Maaf.. Tidak bagi saya selaku anak.

Kadang2 terfikir, mungkinkah saya telah melupakan mereka? Sibuk sangat dengan kisah dunia. Sehingga tarikh gitu pun boleh lupa. Krismas.. Valentine (x sambut).. di ingat sangat.. Tarikh lahir ibu sendiri boleh terlupa.. Apa punya anak laa aku ni..

Okay.. sudah melalut dahhhh... Selamat hari lahir mak.. Semoga mak tenang disamping Nya..Terima kasih emak.. :)

gambar zaman xda dslr.. jd mata semua jd xmen.. 

Monday, February 17, 2014

Sempurna Tanpa L

Semalam..
Semua nya dilakukan bersama.. Makan bersama.. Tidur bersama.. Ke hulu ke hilir bersama.. 
Tak kira waktu tak kira masa.. Sentiasa berdua.. Ada yang berkata 'kembar tak sama ibu dan bapa'.. 
Banyak seronok.. X pernah pun ad sedihnya.. Sentiasa gembira.. Berkongsi game yang sama.. 'Machine' apple yang sama... Hmmmm... Bergurau x pernah kira masa..

Kini..
Senyuman nya hambar sahaja.. Pandangan tiada berbalas.. 10 ditanya mungkin satu dijawab selumber.. Tiada lagi mesej jenaka di wechat mahupun sms biasa.. Seolah tidak pernah kenal suatu ketika.. Pergi tanpa berita itu dah kali ke dua.. Comment juga tak berbalas hanya sedih melanda.. Tiada pula khabar gembira.. Malam bersulam dengan tanda tanya, siang berganti pun begitu jua..

Di mana silap nya? Aku pun x tahu.. Di mana khilaf nya.. Sendiri ku termangu.. :(
Mengeluh aku di malam gelita.. X tentu hala memikirkan dia.. Serabut.. Stress.. Begitu lah dunia..

Malam ini..
"Tengah buat apa?" Ku taip.. Ku padam.. Ku taip.. Ku padam.. Bersulam ego dan juga tanda tanya.. Adakah dia akan membalas soalan ku tanya? Berbasi2 untuk memula bicara.. Akhirnya ku matikan sahaja.. Hasrat terpendam sejak kau tiada..

Dialah teman.. Bahkan boleh ku anggap saudara.. Tp kini.. Dia membisu seribu bahasa.. Seolah lidah kelu untuk menutur kata.. Tiada idea untuk ku memikirkan sebabnya.. 


Nama ku kamal.. Kamal itu beerti sempurna..

Tuesday, August 20, 2013

Antara kita ada LOFA..

Haiiii.. Assalamualaikum...

Selamat tgh malam.. En3 kali ni.. Lain dari yang lain.. Hahaaa....

Baru sekejap td aku siap membuat figura satu/sekor/sorang/sebiji/sebuah xtau nak panggil apa   watak robot yang ada dalam komek APO..

Walaupun dalam keadaan serabut.. Tapi masih sempat menyiapkan menda alah ni.. Pemberian dari ANA sebelum raya tempohari.. Baru hari ni dapat buat.. 

Malas ckp banyak.. Tgk laaa awal dan akhir (hasil titik peluh yang x brapa nak berpeluh).. Taraaaaaaa...


Ni adalah kepingan asal nyaaa yang harus dilipat2..


Ni plak kaki tangan kasut badan dan sampin yg dh dipasang.. (Body part)


Ni selepas body part td dicantum.. 


Ni plak selepas tgn nya di krekok rok (bahasa terengganu yg bermaksd lipat2).. Hahaha

Maka siap laaaaa... Estimated time.. Dr abis citer Im Not Single (kul 12) td smp 1.15pg..

Figura ni pakai sampin sbb komek APO ni edisi hari raya.. Ok.. 

P/s: kepada ANA.. Saya bagi nama robot ni LOFA.. (Stand for LOyal +FAithful)


Bila serabut + x sihat

Macam ni laa keadaan bilik aku sekarang.. Ianya hanya berlaku bila aku serabut.. Dan x sihat dan hilang arah tujuan.. Comforter muntah tu x cuci lagi.. Bilik pun dah hapak.. Good for me.. 

Bacteria + viruses.. Come to me... Hoyehhhhhhh...


P/s: biar duduk dalam semak macam ni.. Coz i live in the bushes already..

Wednesday, August 14, 2013

Lagi-lagi hospital.. Lagi-lagi hospital..


Kali ke 6 dlm tempoh x smp 2 bulan. Xtau nak kata apa lagi dah.. Tonsil dh nak tutup tekak.
Muntah tetap muntah... Darah tetap darah.. Jambang pun x sempat nak cukur dah.. :(








Related Posts with Thumbnails